This website uses cookies to ensure you have the best experience. Learn more

Rukun Negara Essay

2339 words - 10 pages

1.0 PENGENALAN
Asas kerukunan hidup bermasyarakat ialah permuafakatan dan perpaduan yang melambangkan wujudnya “kesatuan hati”. Perpecahan dan persengketaan pula menyebabkan anggota masyarakat itu akan sentiasa bergelut dengan tarikan yang berbeza arah. Ini bermakna “konflik” yang tidak berkesudahan akan menghantui kehidupan masyarakat. Justeru, bagi membentuk sebuah negara yang padu mesti ada etika dan falsafah kenegaraan yang dapat membina kecintaan (patriotisme), kesetiaan, permuafakatan dan perpaduan rakyatnya.
Di negara kita, kerajaan telah menggubal Rukun Negara sebagai falsafah, etika dan ideologi (doktrin) negara. Sewajarnyalah setiap rakyat memahami latar belakang, objektif dan ...view middle of the document...

Ini adalah kerana agama telah menjadi unsur penting dalam membentuk rohani (spiritual) masyarakat kita.
Di dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri menetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan kepercayaan atau agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas. Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan seharusnya dapat menerapkan kepercayaan beragama secara positif yang boleh membangun “pemikiran luhur” dalam hubungan pelbagai kaum serta dapat membina jati diri yang padu.
Setiap penganut agama sewajarnya menjadikan agama masing-masing sebagai asas membina keharmonian dan perpaduan, bukannya menggunakan agama sebagai alat mencipta permusuhan. Justeru, semua kepercayaan agama di negara ini harus menolak sebarang bentuk ekstremisme agama, sebaliknya mengamalkan fahaman kesederhanaan yang dapat menyubur sikap persefahaman dan bertolak ansur atau saling bertoleransi.

2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
Di negara kita, Raja dan Negara mempunyai kaitan yang sangat rapat. Ini adalah kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja berpelembagaan. Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah ketua negara. Perkara 44 pula menyebut bahawa YDPA adalah sebahagian daripada komponen yang membentuk Parlimen di negara ini.
Justeru, prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan Negara menjadi unsur dan ciri penting dalam soal kewarganegaraan di negara ini. Setiap warganegara Malaysia perlu menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang Dipertuan Agong dan negara. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Penghayatan terhadap prinsip kedua mampu membentuk satu bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu padu kerana Raja adalah “payung negara” yang menaungi seluruh rakyat di negara ini. Justeru, institusi raja tidak boleh dicemari, diperlekeh atau dihina serta ia tidak wajar dipolitikkan sama sekali.

3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang seperti yang disebut dalam Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap rakyat mempunyai kedudukan atau taraf yang sama di sisi undang-undang. Justeru, perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara. Badan yang dipertanggungjawabkan memelihara keluhuran dan ketinggian perlembagaan ialah badan kehakiman. Badan ini berkuasa menentukan kesahihan sesuatu...

Other Essays Like Rukun Negara

Mis Benefits Essay

4488 words - 18 pages tanpa penderitaan. III rukun kepercayaan yang kelima dalam agama Buddha. IV perlu mempunyai pandangan yang benar terhadap Triratna. K I, II dan III sahaja. L I, II dan IV sahaja. M II, III dan IV sahaja. D I, II, III dan IV. 21. Dharma mempunyai pelbagai erti KECUALI N peraturan hidup. O tanggungjawab. P moraliti. D jiwa. 22. Apakah maksud saucha dalam etika agama Hindu? Q

The Separation Of Capital Ownership And Control

1577 words - 7 pages The argument of whether the separation of capital ownership and control is an efficient form of organization has constantly been a controversial issue. The criticism whether the controllers’ act is in the best interest of the owners’ wills never end as long as hired managers operate management. As the number of public companies has been increasing over the course of this century, meanwhile the American style of contact based corporation has

The Versatility And Flexibility Of OLED's

1014 words - 5 pages In April 1, 2002, organic light emitting diodes gain rise in the scientific community with their published, more practical form at Ames Laboratory. “Scientists at the U.S. Department of Energy's Ames Laboratory, in collaboration with scientists at the University of Michigan, Ann Arbor, have developed and demonstrated a novel, fluorescence-based chemical sensor that is more compact, versatile and less expensive than existing technology of its

Comparing The Moral Virtues Of Antony And Julian The Apostate

1103 words - 5 pages Roman emperor Julian the Apostate and Christian leader Antony both exhibited many qualities of character during their existence. Both of them led very distinctive lives although shared several ethical values. Book 25 of “The Later Roman Empire” and the book “Early Christian Lives” show concrete evidence of this. In the following essay, I will argue how both leaders’ lives were devoted to their religious beliefs and their mutual cardinal virtues

Living In A Cashless Society

1637 words - 7 pages Money in a traditional sense no longer exists. Money is becoming much of a concept than a physical material, and most ordinary bitter have not see the reality of the switch. People today are using credit and debit cards on a regular basis and in everyday situations such as meal purchased at fast food, highway tolls, clothing, groceries, gas stations, etc. all of these means of systems could be regarded as a cashless society or world. The question

The French And Indian War: The "Real" First World War

1955 words - 8 pages The Seven Years War, or more commonly referred to as “The French and Indian War”, has been called the true First World War. In this book The French and Indian War: Deciding the Fate of North America, the author and historian Walter R. Borneman paints a detailed and elaborate picture that justifies the claim of it being the first true war of global proportions. If ever there truly was a climax to the never ending feud of the European powers

Is The Use Of Animals In Medical Research A Necessary Measure?

1513 words - 7 pages Throughout history, animals have been used in experiments to test product safety and obtain medical knowledge that benefits both humans and animals alike. Every year there are numerous medical breakthroughs, such as medications and surgical instruments, which are tested on animals to insure their safety before they are deemed acceptable for human use. Even though the results of the experiments saved millions of human lives, they are also

Education And The Evolving Job Market

2363 words - 10 pages The lives of students today are changing. They are preparing for lives and jobs that have never before existed. If teachers hope to have a significant and worthwhile impact on these quickly changing lives, they must change the way they think, prepare, and instruct our future generations. Children cannot afford to have teachers who remain stagnant in their methods and ideals. Students crave instructors that are willing to allow them to tap

Young And Relentless

1737 words - 7 pages There are numerous influences that can be responsible of teenager’s behaviors and attitude as they develop. One factor that is important to these behaviors is parental figures being over involved or uninvolved in their children’s lives. Many of these effects include illegal substance abuse, rising sexual activity, underage alcohol consumption, and tobacco use. Studies show parental participation plays a key role in the characteristics developed

The Natural Law Theory

1231 words - 5 pages Obeying by the natural law theory is the only true and moral way to live life; especially a life lived in God’s image. God’s presence is a guiding factor to obtaining a moral and virtuous life, which can only be obtained by following the natural law theory. God created a set of laws as a supreme guide for humans to live life, like any law these laws were created to ensure wellbeing for everyone. The laws he created are the civil law, the natural

Resolved: Presidential Signing Statements Threaten To Undermine The Rule Of Law And The Separation Of Powers

1811 words - 8 pages The subject of signing statements has created much debate among the houses of Congress, government officials, and the public alike. These signing statements fall under the categories of constitutional and legislative history signing statements. Constitutional signing statements are those in which the president deems certain provisions of the legislation as unconstitutional, therefore they should not be enforced (Bradley & Posner, 2006

Related Papers

Faktor Faktor Lain Yang Mendorong Ke Arah Keruntuhan Akhlak Dan Kemerosotan Disiplin Pelajar

1434 words - 6 pages Pengaruh media massa seperti radio, televisyen, video, pawagam, majalah, akhbar dan sebagainya, secara tidak langsung memberi ilmu pengetahuan dan tidak ketinggalan memberi kesan negatif. Pengaruh artis Pengaruh dari artis tempatan mahupun dari luar negara turut memainkan peranan dalam masalah sosial ini. Semua perbuatan dan cara berpakaian cuba diikuti oleh peminat-pinat mereka yang mana rata-rata mereka ini terdiri dari para remaja. Merka terlalu

Youth Development Essay

1157 words - 5 pages , which separate young people from adults and gather them in large numbers for education, religious instruction, training, work, or punishment, have been consistent locations in which youth cultures have developed. 4. List 4 principle of Rukun Negara-4m • Kepercayaan kepada Tuhan • Kesetiaan kepada raja dan Negara • Keluhuran perlembagaan • Kesopanan dan kesusilaan Part C – essay (30m) 1. Socialization (a) Theory-15m 1. Looking glass

Happiest Day Of My Life Essay

1882 words - 8 pages karena sebelum memenuhi seluruh rukun dan syaratnya. Hak Milik IntelektualSetelah sekilas kita membahas hukum mencuri, kita perlu membahas apa yang dimaksud dengan hak di dalam Islam. Berikut ini pandangan tentang hak Mustofa Zarqa' (dikutip, diringkas, dan diolah dari Pesantren Virtual: http://www.pesantrenvirtual.com). Hak didefnisikan sebagai "kekhususan yang diakui oleh syariat Islam, baik itu berupa otoritas atau pembebanan". Dengan

Prime Minister Essay

1542 words - 7 pages . He increased the membership of its parties in an effort to establish "Ketahanan Nasional" (National Strength) through political stability. For his contributions in the area of national and rural development, Tun Abdul Razak is known as the Father of Development. Abdul Razak died on January 14, 1976 while seeking medical treatment in London. He is laid to rest in Heroes Mausoleum near Masjid Negara, Kuala Lumpur. TUN HUSSEIN ONN Tun